Tuesday, December 25, 2012

Tetapkanlah Hatiku Ini Hanya PadaMu Yaa Rabb

Assalamualaikum /hihi

Bersawang amat blog nit
Memang agaknya mood nak beblog nit datang satu kali per sem kot /nobigdeal
Alhamdulillah da masuk sem 3 sekaligus menerjah tahun kedua dah belajar kat Makassar nit

Nak kongsi nit
Tentang tarbiyah
Ujian kepada manusia nit memang suatu tarbiyah dari Allah buat hambaNya kan
Nak tak nak kene jugak tempuh
Berjaya tidak tempuhi tu tawakal pada yang Esa
Yang penting skali usaha kita dalam harungi ujian tu + mentarbiyah diri sendiri yang dipandang oleh Allah

Macam tu jugaklah soal hati + perasaan kan
Rasa cinta yang Allah kurniakan pun suatu ujian buat kita
Macam mane kita lalui perasaan tu
Macam mane kita tangani perasaan tu
Macam mane kita ngelak dari terbuai hanyut dengan perasaan tu

cinta padaNya adalah cinta teragung

Sering kali kita lupa sume yang kita dapat adalah nikmat pemberianNya
Waktu gembire sering kita terlupa mngucap syukur
Waktu sedih baru mula mengadu padaNya

Selalu jek kita terleka akan perasaan kita
Malu pada diri sendiri kan /blush

Kadang-kadang tu sampai menyimpang jauh pada landasan
Kadang-kadang tu sampai mendahulukan yang lain dari Allah
Terkadang kita lupa yang utama dan pasti pertamanya rasa cinta kita harus beri hanya padaNya
Maklum la, nama pun insan, sering kali terlupa
Tapi jangan sesekali terus alpa

Firman Allah s.w.t, maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
(Q.S At-Taubah : 24)


Bila rasa hati tu mula jauh dari Dia cepat2 la istighfar dan balik padaNya
Tundukkan hati padaNya
Isti'anah padaNya /please
Mohon la sebanyak mana pun pertolongan padaNya, kerana Allah sama sekali tidak pernah menolak permintaan hambaNya malah Allah sangat sangat suka hamba yang merintih menangis memohon sesuatu dariNya
Mohon agar hati ini sentiasa tetap + berserah padaNya