Tuesday, December 25, 2012

Tetapkanlah Hatiku Ini Hanya PadaMu Yaa Rabb

Assalamualaikum /hihi

Bersawang amat blog nit
Memang agaknya mood nak beblog nit datang satu kali per sem kot /nobigdeal
Alhamdulillah da masuk sem 3 sekaligus menerjah tahun kedua dah belajar kat Makassar nit

Nak kongsi nit
Tentang tarbiyah
Ujian kepada manusia nit memang suatu tarbiyah dari Allah buat hambaNya kan
Nak tak nak kene jugak tempuh
Berjaya tidak tempuhi tu tawakal pada yang Esa
Yang penting skali usaha kita dalam harungi ujian tu + mentarbiyah diri sendiri yang dipandang oleh Allah

Macam tu jugaklah soal hati + perasaan kan
Rasa cinta yang Allah kurniakan pun suatu ujian buat kita
Macam mane kita lalui perasaan tu
Macam mane kita tangani perasaan tu
Macam mane kita ngelak dari terbuai hanyut dengan perasaan tu

cinta padaNya adalah cinta teragung

Sering kali kita lupa sume yang kita dapat adalah nikmat pemberianNya
Waktu gembire sering kita terlupa mngucap syukur
Waktu sedih baru mula mengadu padaNya

Selalu jek kita terleka akan perasaan kita
Malu pada diri sendiri kan /blush

Kadang-kadang tu sampai menyimpang jauh pada landasan
Kadang-kadang tu sampai mendahulukan yang lain dari Allah
Terkadang kita lupa yang utama dan pasti pertamanya rasa cinta kita harus beri hanya padaNya
Maklum la, nama pun insan, sering kali terlupa
Tapi jangan sesekali terus alpa

Firman Allah s.w.t, maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)
(Q.S At-Taubah : 24)


Bila rasa hati tu mula jauh dari Dia cepat2 la istighfar dan balik padaNya
Tundukkan hati padaNya
Isti'anah padaNya /please
Mohon la sebanyak mana pun pertolongan padaNya, kerana Allah sama sekali tidak pernah menolak permintaan hambaNya malah Allah sangat sangat suka hamba yang merintih menangis memohon sesuatu dariNya
Mohon agar hati ini sentiasa tetap + berserah padaNya

Sunday, February 5, 2012

Semester Baru

Assalamualaikumblogger-emoticon.blogspot.com
Alhamdulillah setelah hampir sebulan cuti sem kunjung tiba lak semester dua.. huphup hoorey blogger-emoticon.blogspot.com(betul2 gembira ke??) hmm.. Gembira ada sikit gak le, memandangkan baki sisa sisa cuti nit agak blurr nak habiskan camne..tup tup dah nak sampe 6 februari 2o12.. Kpd sahabat2 yg balik M'sia tu sila sila la pulang semula ke Makassar nit yep.. Jgn duk suka bercuti sampai lupa kuliah yg kian amat dekat.. Unhas dah dok ghindu sgt kat kita kita semua.. 

Kalau kelas dah mula bmakna bsambung la acara menuntut kembali ilmu kedokteran.. Perlu la kembali serius.. Adehhh.. Engat!! Ilmu setiap masa perlu dtuntut.. Jgn takat ilmu ilmu gini jek.. Ilmu fardhu ain jgn dketepikan..tu lagi beganda-ganda penting yep.. Sama2 la kita mengingatkan diri masing2.. Menuntut ilmu biar la sampai ke nogori cino.. Jgn terus naik flight gi China lak kengkawan.. Jgn buat2 tak paham..

Engat!! Jangan pernah puas dgn ilmu.. Menuntut ilmu amalan yg dsyariatkan dlm Islam sejak manusia dilahirkan sampai akhir hayatnya.. 

Sabda Allah s.w.t, maksudnya : 
"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." 
(Q.S An-Nahl : 78)

Telinga, mata dan hati Allah ciptakan supaya manusia dapat mencari kunci kepada rahsia alam semesta ciptaan Allah dengan membaca ayat2 suci al-Quran, kalam Allah.. Ayat-ayat tersebut bukan hanya dibaca dgn bertajwid malah perlu diamalkan dalam hidup seharian, perlu kita pelajari setiap suruhan Allah itu.. Inilah yg disebut belajar.. Belajar adalah kewajiban setiap insan lebih lebih lagi ilmu ad-din..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : 
"Barangsiapa yang Allah menghendaki sesuatu kebaikan pada dirinya, maka Dia memberinya pengetahuan dalam masalah agamanya" 
(H.R Bukhari dan Muslim)

Hadith, maksudnya : 
"Barangsiapa menempuh suatu perjalanan dengan tujuan menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga, dan tidaklah suatu kaum berkumpul di suatu rumah dari rumah-rumah Allah (masjid) mereka menelaah al-Quran dan mempelajarinya bersama, melainkan para malaikat melambaikan sayapnya kepada mereka, ketenangan turun kepada mereka, mereka mendapat limpahan kurnia dan Allah mengingat mereka di sisi-Nya" 
(Sahih Nasai, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibnu Hibban)

Betapa sayangnya Allah pada hambanya.. Tapi kita sering lalai dengan kesenangan dunia..  Jarang sekali kita bersyukur atas nikmatNya..  Jarang sekali kita menghargai alam ciptaanNya.. Ramai kini yang lebih mengejar dunia dari akhirat.. Ramai kini lebih mementingkan kedudukan di dunia dari memikirkan bagaimanakah kedudukan mereka di akhirat kelak..  Ramai kini hanya mencari ilmu bagi kepentingan duniawi.. Sama-samalah kita membetulkan niat agar tidak sia-sia usaha kita selama menuntut ilmu kelak.. Sama-samalah kita wahai sahabat menuju jalanNya agar hidup lebih diberkati di dunia dan akhirat. Engatlah!! Hidup di dunia hanya sekejap berbanding akhirat yang kekal selamanya.


Sabda Allah s.w.t, maksudnya : 
"Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." 
(Q.S Al-A'raf : 179)

Jangan pernah sekalipun kita puas dengan ilmu kerana ilmu yang dituntut tidak akan pernah habis..Teruslah kita berjuang pada jalanNya agar Jannah Nya menjadi ganjaran kita bersama.. Allah juga telah berjanji akan mengangkat darjat orang yang diberi ilmu.. Teruslah berusaha mencari ilmu supaya tidak berada dalam kegelapan..blogger-emoticon.blogspot.com  Tuntutlah ilmu dan ajari kepada mereka yang lain agar sama2 kita lebih bersedia untuk kehidupan hari esok dan juga akhirat kelak..

Semoga semester baru ini memberi azam baru kepada semuanya terutama batch '11 Fakultas Kedokteran Unhas.. Ganbatte sahabat semua!!.. Bersama berusaha menjadi hamba yang soleh n solehah =)

Sampai sini coretan kali ni..harap kalau yg tersalah dperbetulkan agar sama2 mempelajarinya..Perkongsian bersama yep..
Assalamualaikum sahabat blogger-emoticon.blogspot.com

Rujukan : Ukhti Tetaplah Solehah Meski Zaman Telah Berubah